DUA orang disahkan maut dalam runtuhan salji di Banjaran Rocky, di wilayah Alberta, Kanada, kata polis.
Polis Kanada memaklumkan kepada Taman Negara berhubung runtuhan berkenaan dan mengesahkan dua mayat mangsa telah ditemui berhampiran pekan Jasper.
Identiti kedua-dua mangsa masih belum dikenal pasti.
Salji runtuh berlaku di Gunung Andromeda yang merupakan destinasi popular aktiviti panjat gunung, kata pegawai Taman Negara Jasper, Steve Young. – AFP, 31 Mei, 2021.
Komen