SEKUMPULAN lelaki bersenjata menculik kanak-kanak daripada sebuah sekolah berasrama di Nigeria, kata polis dan penduduk.
Kira-kira 200 kanak-kanak berada di sekolah berkenaan ketika kejadian, kata kerajaan negeri Niger.
Namun jumlah kanak-kanak yang dilarikan masih belum dapat dipastikan.
Penculikan itu berlaku sehari selepas 14 pelajar dari universiti di barat laut Nigeria dibebaskan selepas 40 hari ditahan. – AFP, 31 Mei, 2021.
Komen