PENGAWAL Pantai Amerika Syarikat menghentikan pencarian 10 pendatang warga Cuba yang dilaporkan hilang sejak Khamis lalu di perairan Florida.
Terdahulu, lapan pendatang diselamatkan dan dua mayat ditemukan.
Menurut mangsa yang terselamat, mereka meninggalkan pelabuhan Mariel di Cuba pada Ahad namun pada malam Rabu, kira-kira 25 kilometer dari Key West Florida, 10 daripada mereka hilang, kata Pengawal Pantai.
Menurutnya Pengawal Pantai, Tentera Laut dan agensi Kastam dan Rondaan Sempadan melancarkan operasi pencarian di laut dan udara namun masih belum menemui mangsa.
Rakyat Cuba melarikan diri daripada negara mereka berikutan masalah ekonomi, memilih laluan laut untuk merentas Selat Florida, dan ramai di anatara mereka gagal untuk sampai ke Amerika Syarikat.
Dalam tempoh lapan bulan lalu sahaja, Pengawal Pantai memintas 298 warga Cuba. – AFP, 31 Mei, 2021.
Komen