Duta Ukraine ke Thailand meninggal dunia ketika bercuti


Duta Ukraine ke Thailand Andriy Beshta meninggal dunia ketika sedang bercuti bersama keluarganya di pulau peranginan Koh Lipe di wilayah Satun. – Gambar AFP, 30 Mei, 2021.

DUTA Ukraine ke Thailand Andriy Beshta yang sedang bercuti bersama keluarganya di pulau peranginan Koh Lipe di wilayah Satun, meninggal dunia pada Ahad.

Menurut anak lelakinya bapanya tiba-tiba muntah sebelum rebah dan tidak sedarkan kira-kira 4.30 pagi (waktu tempatan) hari ini, lapor media tempatan.

“Bapa dalam keadaan sihat sahaja sebelum ini,” katanya.

Pegawai penyiasat polis Kapten Bidan Saripa berkata, Beshta,45, dan anaknya yang berusia 17 tahun tiba di Koh Lipe pada 28 Mei.

“Laporan awal mendapati tiada sebarang petunjuk menyatakan ia perbuatan khianat.

“Tiada tanda pintu dipecah masuk atau duta itu diserang,” kata pegawai penyiasat, lapor Bangkok Post.

Mayat dibawa ke Hospital Satun sementara menunggu proses untuk membawa mayat ke Bangkok bagi menjalani bedah siasat.

Beshta mula berkhidmat sebagai duta Ukraine ke Thailand pada November 2015. Menurut laman web kedutaan, beliau meninggalkan seorang isteri serta tiga anak, seorang perempuan dan dua lelaki. – AFP, 30 Mei, 2021.    


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen