PM Britain berkahwin secara rahsia


Perdana Menteri Britain Boris Johnson mengahwini tunangnya, Carrie Symonds dalam satu majlis yang diadakan secara rahsia semalam. – Gambar EPA, 30 Mei, 2021.

PERDANA Menteri Britain Boris Johnson dilaporkan mengahwini tunangnya, Carrie Symonds dalam satu majlis yang diadakan secara rahsia semalam.

Beliau merupakan perdana menteri kedua Britain yang melangsungkan perkahwinan ketika berkuasa dan sejarah ini dicatat selepas hampir dua abad.

Kali pertama sejarah yang sama dicatatkan oleh Robert Jenkinson pada 1822.

Johnson berjaya merahsiakan perkara itu sehingga barisan Kabinetnya juga tidak mengetahui tentang perkahwinannya.

Hanya 30 tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan itu yang berlangsung secara singkat di Gereja Westminster.

Para pelancong yang mengunjungi gereja itu juga tidak menyedari ada majlis perkahwinan sedang berlangsung.

Menurut sumber, gereja itu dikosongkan pada pukul 1.30 petang sebelum setengah jam kemudian, majlis perkahwinan bermula.

“Majlis perkahwinan itu melibatkan Perdana Menteri Borris Johnson dan tunangnya, Carrie Symonds.

“Pasangan pengantin kelihatan segak dan secocok,” jelas sumber itu. – AFP, 30 Mei, 2021.    


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen