PIHAK berkuasa New Zealand mengisytiharkan perintah darurat di wilayah Canterbury hari ini selepas kawasan itu diancam banjir besar susulan hujan lebat.
Pemangku Menteri Pengurusan Kecemasan Kris Faafoi berkata kira-kira 3,000 buah rumah berdepan risiko itu dan pihak tentera dikerah ke wilayah itu untuk membantu pemindahan jika perlu.
“Hujan lebat dijangka berterusan sehingga esok. Pihak berkuasa akan memantau paras air sungai,” katanya.
Jabatan Meteorologi New Zealand turut mengeluarkan amaran tahap merah untuk kawasan itu.
Di kawasan persisiran pantai Christchurch, pakar kaji cuaca meramalkan hujan lebat akan menyebabkan paras air naik.
Datuk Bandar Ashburton, Neil Brown berkata kira-kira 4,000 penduduk di pekan itu perlu dipindahkan jika air melimpah tebing sungai. – AFP, 30 Mei, 2021.
Komen