LUBNAN memvaksinasi lebih 10,000 orang semalam sebagai sebahagian daripada program vaksinasi “marathon” dalam usaha meningkatkan
Kementerian Kesihatan berkata setakat 6.30 petang seramai 10,452 orang berusia lebih 30 tahun menerima suntikan vaksin AstraZeneca di pelbagai kemudahan di seluruh negara.
Mereka dibenarkan memasuki pusat vaksinasi secara berjalan kaki dari awal Sabtu pagi.
Ibu kota Beirut dan beberapa bahagian lain di negara itu dikecualikan dari inisiatif itu tetapi Menteri Kesihatan Hamad Hassan berkata ada perancangan untuk program kedua seperti itu dilaksanakan dengan meliputi lebih banyak kawasan.
“Beberapa wilayah tidak mahu turut serta tetapi selepas pengalaman memberangsangkan hari ini, semua pihak dijangka mengambil bahagian,” katanya tanpa menyatakan bila.
Lubnan yang terperangkap dalam krisis ekonomi terburuk sejak perang saudara 1975-1990 mencatatkan 540,132 kes koronavirus termasuk 7,718 kematian sejak wabak bermula tahun lalu.
Negara dengan lebih enam juta penduduk itu memberikan sekurang-kurangnya satu dos vaksin kepada lebih 700,000 penduduk.
Ketua Hospital Utama Lubnan Firass Abiad berkata program marathon itu adalah kejayaan besar buat negara.
Beliau berkata, 170,000 dos vaksin Pfizer dijangka tiba di negara itu hari ini. – AFP, 30 Mei, 2021.
Komen