Ibu positif Covid-19 kongsi pengalaman selepas bersalin


Bernard Saw

Pada mulanya mereka bimbang selepas disahkan positif koronavirus ketika mengandung dan mereka lebih tertekan apabila tidak boleh memegang bayi mereka sejurus selepas dilahirkan kerana dikuarantin serta merta. – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 Mei, 2021.

BERSALIN selepas disahkan positif Covid-19 merupakan pengalaman yang memeritkan, kata ibu yang baru lepas bersalin.

Tambahan pula, wujud kebimbangan berhubung pengasingan dan dipisahkan daripada bayi mereka, kata mereka kepada The Malaysian Insight.

Pada mulanya mereka bimbang selepas disahkan positif koronavirus ketika mengandung. Dan mereka lebih tertekan apabila tidak boleh memegang bayi mereka sejurus selepas dilahirkan kerana dikuarantin serta merta.

Ranee Kwok yang melalui pengalaman itu, sebelumnya merancang untuk bersalin di hospital swasta. Dia dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh, yang dikhaskan untuk merawat Covid-19, untuk rawatan dan bersalin.

Walaupun selepas lima hari bersalin, dia masih tidak dapat melihat bayinya. Gambar bayinya yang dimuat naik ke Facebook juga dihantar oleh kakitangan hospital.

“Sehingga hari ini saya masih belum lihat bayi saya,” katanya ketika ditemui pada hari kelima selepas bersalin.

Berbeza dengan kelahiran anaknya yang lain, Kwok berkata dia tidak boleh pulang ke rumah selepas bersalin, juga tidak boleh dilawat ahli keluarga atau untuk menjaganya.

“Saya bersendirian,” katanya yang perlu diasingkan kerana virus Covid-19.

Sementara itu, bayinya dilahirkan pramatang dan kini ditempatkan di unit rawatan rapi neonatal (Nicu).

Selepas dibenarkan pulang, Kwok akan berpantang di rumah.

Dia tiada rancangan untuk keluar kerana bimbang dengan keselamatan dirinya dan anak yang baru dilahirkan.

Ketika ibu berpantang dibantu orang lain untuk menyediakan makanan dalam tempoh berpantang, Kwok memutuskan untuk memasak sendiri makanannya. Dia juga enggan memesan makanan dari luar kerana bimbang dijangkiti semula.

Seorang lagi ibu, Soh Chia Hui berkata dia disahkan positif Covid-19 ketika pemeriksaan pra-kemasukan ke wad.

Dia bagaimanapun tenang selepas mengetahuinya namun tetao bimbang dengan bayi yang bakal lahir.

“Saya tidak fikirkan tentang diri saya tetapi lebih fikirkan bayi.”

Dai diasingkan di hospital dan tidak dibenarkan keluar.

Soh lega selepas bersalin apabila doktor memaklumkan anaknya sihat dan normal.

“Gejala yang saya alami sederhana, jadi saya rasa okay setakat ini. Saya masih boleh bercakap di telefon dan berjalan di sekitar,” katanya yang merancang untuk berpantang sendiri.

“Mulanya saya mahu pesan makanan. namun saya ubah fikiran.” – 30 Mei, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen