Di Sepanyol, banduan mati hidup semula


Banduan itu diisytiharkan tidak bernyawa oleh tiga doktor, tetapi bangun bernyawa sebelum doktor memulakan proses bedah siasat ke atasnya. – Gambar AFP, 10 Januari, 2018.

PEKERJA rumah mayat di Sepanyol terkejut besar apabila seorang banduan yang diisytiharkan mati selepas membunuh diri tiba-tiba tersedar ketika proses bedah siasat hendak dimulakan, kata pihak berkuasa hari ini.

Kejadian itu berlaku di penjara berhampiran Oviedo, utara Sepanyol. Lelaki itu yang tidak didedahkan identitinya oleh polis ditemui tidak sedarkan diri sekitar jam 8 pagi waktu tempatan Ahad lalu dan tiga orang doktor mengesahkan “tiada tanda mangsa hidup”, kata seorang jurucakap wanita kepada AFP.

Menurut laporan media Sepanyol, lelaki itu ialah Gonzalo Montoya, berusia 29 tahun yang dipenjara kerana mencuri logam sekerap.

Dia dibawa ke institute perubatan forensik di Oviedo dan bangkit ketika doktor sedang bersiap hendak menjalankan bedah siasat, kata ayahnya Jose Carlos Montoya.

“Dia sedar yang mereka keluarkan dia daripada bungkusan dan letakkan atas meja untuk buat bedah siasat,” katanya kepada wartawan, menambah yang anaknya itu ditemui tidak sedarkan diri selepas cuba membunuh diri dengan menelan pil.

Montoya mengatakan doktor sudah meletakkan tanda atas badan Gonzalo untuk bedah siasat.

Pihak penjara Sepanyol dan kerajaan tempaytan di Oviedo, Asturias sudah memulakan siasatan kesilapan itu. – AFP, 10 Januari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen