Pemandu pelancong terpaksa beralih angin kerana PKP


Khoo Gek San

Ramai pemandu pelancong tertekan dan mengalami kemurungan kerana hilang pendapatan akibat perintah kawalan pergerakan bagi membendung pandemik Covid-19. – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 Mei, 2021.

PEMANDU pelancong yang terjejas selepas Putrajaya memperketat prosedur operasi standard (SOP) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketiga mengambil inisiatif melakukan pekerjaan lain sebagai sumber pendapatan.

Ada yang berjaya mendapat kerja lain sebagai pekerja penghantaran, ejen hartanah dan pemandu e-hailing, manakala yang tidak berjaya terus dibebani dengan hutang.

Mereka bagaimanapun berkata itu bukan sesuatu yang mudah dan ramai dalam kalangan mereka menderita kemurungan dengan beberapa orang terpaksa membunuh diri selepas mereka tidak dapat menanggung hutang yang semakin meningkat.

Ben Chong, 37, pemandu pelancong yang berjaya selama 12 tahun menjadi penganggur semasa PKP pertama pada Mac tahun lalu.

Pada mulanya dia mendaftar menjadi pemandu e-hailing tetapi selepas mendapat nasihat daripada saudara-mara, dia menjadi ejen hartanah kerana mempunyai pendapatan yang lebih stabil.

Beliau berkata walaupun sektor pelancongan pulih selepas wabak itu, dia memutuskan untuk tidak kembali ke profesion lamanya.

“Pekerjaan saya sekarang lebih stabil. Sekiranya industri pelancongan pulih, saya tidak akan kembali bekerja dahulu,” kata Chong.

Chong berkata dia berdepan kesulitan untuk beralih ke pekerjaan baharu, perlu mencuba beberapa kali sebelum meneruskannya.

Walaupun sebagai ejen hartanah katanya, dia perlu mengeluarkan wangnya sendiri sebagai pelaburan awal.

Dia bagaimanapun menanggap dirinya beruntung kerana dia tahu bagaimana menjana wang sebagai pemandu pelancong dan menjimatkan sebahagian besar pendapatannya.

Chong menambah bahawa seramai dua pemandu pelancong yang dikenalinya sudah membunuh diri semasa wabak itu kerana masalah kewangan.

“Pasti ad acara untuk mengatasi masalah. Apabila satu jalan tidak berfungsi, kita boleh ubah ke jalan yang lain. Tetapi kita tidak menyangka wabak berlarutan begitu lama. Bukan hanya sektor pelancongan yang terkesan tetapi industri lain juga,” katanya. – 29 Mei, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen