BRITAIN hari ini meluluskan penggunaan vaksin Covid-19 Johnson & Johnson dengan harapan dapat meningkatkan vaksinasi di seluruh negara.
Kelulusan itu bagi membolehkan ekonominya dibuka sepenuhnya walaupun ada kebimbangan mengenai varian baharu.
Agensi Pengawalseliaan Ubat-Ubatan dan Produk Kesihatan (MHRA) meluluskan Johnson & Johnson selepas sebelum ini meluluskan vaksin Pfizer, AstraZeneca da Moderna.
Perdana Menteri Boris Johnson menyebutnya sebagai “berita yang sangat dialu-alukan dan satu lagi dorongan untuk program vaksinasi”.
Setiausaha Kesihatan Matt Hancock berkata kempen vaksinasi besar-besaran dalam sejarah Britain menyelamatkan lebih 13,000 nyawa.
Britain membuat tempahan 20 juta dos vaksin yang didapati 72 peratus berkesan untuk mencegah jangkitan koronavirus sederhana sehingga teruk. – AFP, 28 Mei, 2021.
Komen