RIBUAN penduduk kehilangan tempat tinggal hari ini selepas taufan melanda India menyebabkan sembilan orang termasuk kanak-kanak terbunuh.
Taufan adalah ancaman biasa di Lautan Hindi utara tetapi ramai saintis berkata keadaan itu menjadi lebih kerap dan teruk kerana perubahan iklim yang menghangatkan suhu laut.
Hampir seminggu setelah Taufan Tauktae meragut sekurang-kurangnya 155 nyawa di barat India, Taufan Yaas menyebabkan lebih 1.5 juta orang di negeri-negeri Benggala Barat dan Odisha dipindahkan.
Ribut melanda pada Rabu dengan hujan lebat dan angin ribut bertiup sehingga 155 kilometer sejam bersamaan dengan taufan kategori dua.
Gelombang berukuran bas dua tingkat melanda pantai dan bandar-bandar serta perkampungan di sepanjang persisiran pantai.
Dua orang maut di Benggala Barat, dua di Odisha dan lima di negara jiran Bangladesh, kata pegawai. – AFP, 27 Mei, 2021.
Komen