CHINA berharap kerjasama antarabangsa dalam perundangan persekitaran global dapat terus diperkasakan, kata Ketua Mahkamah Rakyat Tertinggi China, Zhou Qiang.
Katanya, pentadbiran persekitaran dunia mengikut lunas undang-undang juga perlu dipertingkatkan bagi membantu kepada pembentukan simbiosis antara manusia dan alam sekitar.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena perasmian ‘World Judicial Conference on Enviroment’ yang diadakan secara dalam dan luar talian semalam.
Antara aktiviti yang akan diadakan ialah Persidangan Ke-15 Konvensyen Penandatangan Biodiversiti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertemakan “mengoptimumkan perundangan dan menggalakkan peradaban biologi -membentuk simbiosis manusia dan alam sekitar”.
Peserta persidangan dijangka membincangkan peranan perundangan dalam pentadbiran persekitaran global, prinsip keadilan perundangan persekitaran, perlindungan perundangan biodiversiti serta pendekatan kehakiman terhadap perubahan iklim.
Pengarah Eksekutif Program Persekitaran PBB (UNEP), Inger Anderson dalam ucapannya berkata pihaknya berharap persidangan itu dapat menyempurnakan pembangunan pentadbiran persekitaran berdasarkan perundangan.
Jelasnya, ia bagi memastikan masa depan yang lebih baik dapat dicipta untuk kehidupan sejagat di bumi.
Persidangan itu anjuran bersama Mahkamah Rakyat Tertinggi China dan UNEP.
China harap kerjasama antarabangsa dalam perundangan alam sekitar dipertingkat
CHINA berharap kerjasama antarabangsa dalam perundangan persekitaran global dapat terus diperkasakan, kata Ketua Mahkamah Rakyat Tertinggi China, Zhou Qiang.
Katanya, pentadbiran persekitaran dunia mengikut lunas undang-undang juga perlu dipertingkatkan bagi membantu kepada pembentukan simbiosis antara manusia dan alam sekitar.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena perasmian ‘World Judicial Conference on Enviroment’ yang diadakan secara dalam dan luar talian semalam.
Antara aktiviti yang akan diadakan ialah Persidangan Ke-15 Konvensyen Penandatangan Biodiversiti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertemakan “mengoptimumkan perundangan dan menggalakkan peradaban biologi -membentuk simbiosis manusia dan alam sekitar”.
Peserta persidangan dijangka membincangkan peranan perundangan dalam pentadbiran persekitaran global, prinsip keadilan perundangan persekitaran, perlindungan perundangan biodiversiti serta pendekatan kehakiman terhadap perubahan iklim.
Pengarah Eksekutif Program Persekitaran PBB (UNEP), Inger Anderson dalam ucapannya berkata pihaknya berharap persidangan itu dapat menyempurnakan pembangunan pentadbiran persekitaran berdasarkan perundangan.
Jelasnya, ia bagi memastikan masa depan yang lebih baik dapat dicipta untuk kehidupan sejagat di bumi.
Persidangan itu anjuran bersama Mahkamah Rakyat Tertinggi China dan UNEP. – Bernama, 27 Mei, 2021.
Komen