Turki desak Rusia, Iran hentikan serangan Syria terhadap Idlib


Menteri luar Turki Mevlut Cavusoglu berkata, Ankara sudah memanggil kedutaan Rusia dan Iran bagi menyatakan ketidaksenangan mereka terhadap tindakan sekutu rejim di Syria itu. – Gambar EPA, 10 Januari, 2018.

TURKI pada Rabu mendesak Rusia dan Iran, yang merupakan sekutu kepada rejim Presiden Bashar al-Assad di Syria, untuk menghentikan serangan udara ke atas pemberontak di wilayah Idlib berhampiran sempadan Turki. 

Ankara telah menjalinkan kerjasama rapat dengan Rusia dan Iran bagi menamatkan konflik di Syria sejak bulan lalu namun telah meningkatkan tekanan kepada Moscow dan Tehran apabila serangan ke atas Idlib dipergiatkan. 

“Iran dan Rusia perlu menjalankan tanggungjawab mereka. Sekiranya kamu penjamin dan memang kamu penjamin, mereka perlu hentikan rejim,” kata menteri luar Turki Mevlut Cavusoglu kepada agensi berita Anadolu.

“Ini bukan serangan udara biasa. Rejim telah mara ke dalam Idlib. Mereka ada niat berbeza.”

Cavusoglu menekankan bahawa dalam usaha untuk membawa keamanan ke Syria, Rusia dan Iran adalah “penjamin” kepada pihak rejim dan Turki adalah pembangkang.

Wilayah idlib yang hampir keseluruhannya dikawal oleh pasukan anti-kerajaan yang didominasi kumpulan Hayat Tahrir al-Sham (HTS) yang kebanyakannya terdiri daripada bekas pejuang Al-Nusra Front, yang juga sekutu Al Qaeda. 

Ankara sudah memanggil kedutaan Rusia dan Iran, dalam ketegangan awam paling besar dengan Moscow dan Tehran sejak berbulan lalu. 

Ia mendedahkan “ketidaksenangan” mereka kepada kedutaan Rusia pada Selasa, dan menyifatkan serangan itu sebagai “pelanggaran sempadan zon de-eskalasi Idlib” yang ditubuhkan oleh Turki, Iran dan Rusia, menurut sumber kementerian luar. 

Cavusoglu berkata 95% pelanggaran di Idlib dijalankan oleh rejim dan kumpulan berkenaan menyokong tindakan rejim. 

President Recep Tayyip Erdogan mahu bercakap menerusi telefon dengan Vladimir Putin untuk membincangkan situasi itu, tambahnya. 

“Kita tidak boleh kekal untuk berdiam diri. Kita telah jalankan banyak usaha dan kita tidak boleh sia-siakannya.” – AFP, 10 Januari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen