AUSTRALIA mengenakan perintah berkurung mengejut ke atas lima juta penduduk Melbourne bermula tengah malam ini susulan penularan varian baharu Covid-19.
Perintah tersebut dikuatkuasakan di Melbourne dan bandar sekitar Victoria selama tujuh tujuh hari selepas 26 kes baharu dikesan.
“Sejak akhir-akhir ini, lebih banyak jangkitan varian membimbangkan (VOC), yang berjangkit dengan lebih pantas,” kata Pemangku Ketua Menteri Victoria James Merlino dalam kenyataan.
Varian tersebut dikenal pasti sebagai B1617, yang merebak secara meluas di India. Varian itu dipercayai disebarkan melalui pengembara yang pulang ke Australia.
Perintah berkurung itu akan memudahkan pihak berkuasa menjalankan pengesanan kontak. Penduduk bagaimanapun dibenarkan keluar rumah bagi urusan penting termasuk untuk mendapatkan suntikan vaksin dan wajib memakai pelitup muka.
Beliau turut menyalahkan kadar vaksinasi yang perlahan sebagai punca penularan varian baharu.
“Jika lebih ramai orang divaksin, situasinya mungkin berbeza.”
Ini kali empat bandar kedua terbesar Australia itu melaksanakan perintah berkurung sejak negara itu dilanda pandemik Covid-19. – AFP, 27 Mei, 2021.
Komen