Amazon didakwa monopoli e-dagang


Amazon didakwa sengaja menyebabkan kenaikan harga tidak munasabah termasuk barangan dijualnya sendiri atau melalui saluran e-dagang pesaingnya. – Gambar EPA, 26 Mei, 2021.

WASHINGTON menyaman Amazon semalam kerana menyalahgunakan kedudukannya bagi memonopoli sektor e-dagang sehingga merugikan pelanggan.

Saman itu dikemukakan oleh pejabat Peguam Negara Karl Racine yang mendakwa syarikat itu mencabul penguasaan pasaran dalam taliannya sehingga memudaratkan pengguna.

Menurut saman yang difailkan di Mahkamah Agung Colombia, jualan dalam talian Amazon mendapat manfaat dan dilindungi oleh amalan anti saingan perniagaan yang mencegah pembeli mendapat barangan terbaik pada harga rendah.

“Amazon sengaja menyebabkan kenaikan harga tidak munasabah termasuk barangan dijualnya sendiri atau melalui saluran e-dagang pesaingnya.

Amazon sudah lama mendakwa memberikan harga lebih rendah untuk pengguna dan mempercepat penghantaran dalam proses tersebut. – AFP, 25 Mei, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen