20 orang maut akibat wabak kolera di utara Nigeria


Nigeria, pengeluar minyak terbesar di Afrika menderia penyakit bawaan air yang tinggi akibat infrastruktur dan pelaburan yang teruk. – Gambar EPA, 26 Mei, 2021.

WABAK kolera di utara Nigeria membunuh sekurang-kurangnya 20 orang dalam dua minggu terakhir dengan lebih 300 orang dimasukkan ke hospital akibat penyakit itu, kata seorang pegawai kesihatan semalam.

Nigeria, pengeluar minyak terbesar di Afrika menderia penyakit bawaan air yang tinggi akibat infrastruktur dan pelaburan yang teruk.

Wabak terbaru di Bauchi itu dilaporkan di sembilan daerah, kaa pesuruhjaya kesihatan negeri kepada wartawan.

“Sehingga kini kita mencatatkan 20 kematian dan 322 kes dari wabak kolera di sembilan daerah dalam dua minggu terakhir.

“Metropolis Bauchi terjejas teruk yang menyumbang separuh daripada kematian dan 147 dari 322 kes yang dilaporkan,” katanya.

Maigoro berkata kes meningkat dan kerajaan meminta semua 20 daerah di negeri ini mengaktifkan pasukan tindak balas kecemasan mereka dan membuka pusat kuarantin kolera.

Pasukan kesihatan dan ubat-ubatan dihantar ke kawasan yang terjejas sementara kempen masyarakat mengenai kebersihan air dan diri dipergiat, katanya.

Kolera adalah jangkitan bakteria air yang mempengaruhi saluran usus dan menyebabkan muntah, najis berair, kekurangan air dan keletihan.

Ia dapat dijangkiti menerusi lalat ketika bersentuhan dengan makanan dan boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan cepat.

Lapan negeri di Nigeria melaporkan kes kolera yang disyaki tahun ini, menurut Pusat Kawalan Penyakit Nigeria (NCDC): Benue, Delta, Zamfara, Gombe, Bayelsa, Kogi, Sokoto dan Nasarawa.

Sebanyak 1,746 kes yang disyaki termasuk 50 kematian dilaporkan di negeri tersebut sejak Januari dengan lebih separuh kes yang disahkan menjejaskan kanak-kanak berusia antara 5 dan 14 tahun. – AFP, 26 Mei, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen