REJIM Israel membunuh seorang rakyat Palestin di Tebing Barat pada Selasa, kata sumber keselamatan Palestin dan Israel, beberapa jam sebelum Setiausaha Negara AS Anthony Blinken tiba di Israel untuk perbincangan.
Sumber keselamatan Palestin berkata pasukan itu membunuh seorang pemuda di kem pelarian Al-Amari dekat Ramallah.
Hospital di Ramallah mengenal pasti mangsa sebagai penduduk kem, Ahmad Jameel Fahad.
Seorang pegawai keselamatan Israel memberitahu AFP semasa “cubaan penangkapan aktivis pengganas di Ramallah,” salah seorang yang membantu aktivis itu dibunuh oleh polis sempadan.
Tidak jelas sama ada suspek sudah ditangkap atau belum.
Rejim Israel telah melakukan penangkapan di Tebing Barat berikutan keganasan yang meletus sejak 11 hari antara Israel dan penguasa Islam di Gaza, Hamas, yang berakhir dengan gencatan senjata yang dilakukan oleh Mesir pada Jumaat.
Blinken, berkata perjalanannya adalah untuk menyokong “usaha untuk memperkuat gencatan senjata”, bertemu Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu di Baitulmaqdis, dan dijadualkan bertemu presiden Palestin Mahmud Abbas hari sama. – AFP, 25 Mei, 2021.
Komen