JAWATANKUASA Am dan Sidang Pleno Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) semalam menolak usul mempelawa Taiwan sebagai pemerhati bagi WHA.
Keputusan itu secara tidak langsung menandakan WHA telah menolak usul berkenaan untuk tempoh lima tahun berturut-turut dan membuktikan pentingnya prinsip “Satu China”.
Ketua Misi China ke Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Chen Xu menegaskan Taiwan adalah sebahagian daripada wilayah China dan tidak boleh dipisahkan.
“Usul berkenaan melanggar Piagam PBB, di samping melanggar Undang-undang Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Peraturan Perbincangan WHA.
“Ia didapati bercanggah dengan resolusi 2758 Perhimpunan Agung PBB dan resolusi 25.1 WHA, justeru ia adalah tidak sah,” katanya.
Chen berkata keahlian Taiwan dalam WHA seharusnya diadakan berdasarkan prinsip “Satu China” dan membabitkan perbincangan kedua-dua pihak.
Kerajaan pusat membuat penyusunan semula mengenai penyertaan Taiwan dalam hal ehwal kesihatan global.
Chen berkata ia termasuk maklumat mengenai Covid-19, mengesahkan penyertaan pakar kesihatan Taiwan dalam aktiviti WHO, dan menerima maklumat dari Sekretariat WHO sejak pandemik tercetus. – Bernama, 25 Mei, 2021.
Komen