Presiden Ukraine arah sekat penerbangan keluar masuk Belarus


Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky semalam mengarahkan kerajaan menyekat penerbangan keluar masuk dari Belarus. – Gambar EPA, 25 Mei, 2021.

PRESIDEN Ukraine Volodymyr Zelensky semalam mengarahkan kerajaan menyekat penerbangan keluar masuk dari Belarus susulan tindakan negara itu pesawat dinaiki aktivis pembangkang Roman Protasevich dilencongkan dari laluan asal.

Protasevich,26, ditahan sebaik pesawat  Ryanaair ke dari Athens ke Vilnius mendarat di Minsk, Belarus pada Ahad.

“Presiden mengarahkan kerajaan menyekat penerbangan terus antara Ukrain dan Belarus,” menurut kenyataan pejabat Zelensky semalam.

Kenyataan turut menambah pesawat Ukraine juga tidak dibenarkan melalui ruang udara Belarus.

Sementara itu, Perdana Menteri Ukraine Denys Shmygal mengumumkan satu mesyuarat tergempar akan diadakan hari ini untuk membincangkan perkara itu.

Pesawat Ryanair yang dinaiki Protasevich, wartawan pembangkang serta menjadi orang buangan di Poland dilencongkan dari laluan Athens ke Vilnius, Luthuania atas isu keselamatan.

Lapangan terbang Minsk dalam satu kenyataan berkata pesawat yang dinaiki Protasevich terpaksa melakukan pendaratan cemas berikutan ancaman bom.

Tindakan Belarus itu mencetus kemarahan pemimpin-pemimpin negara Eropah.

Syarikat penerbangan Belavia, merupakan satu-satunya milik Belarus yang beroperasi antara Kiev dan Minsk.

Sekatan terbaru itu akan menjejaskan penumpang yang membuat perjalanan antara Ukraine dan Rusia yang sering menjadikan Minsk sebagai transit. Ini kerana penerbangan terus antara Ukraine dan Rusia dihentikan sejak 2015.

Kiev mengenakan sekatan ke atas empat syarikat penerbangan Rusia selepas Moscow menceroboh Crimea di selatan Ukraine pada 2014.

Susulan itu, Moscow menyekat ruang udaranya kepada semua pesawat Ukraine, menyebabkan Kiev mengenakan larangan ke atas semua syarikat penerbangan milik Rusia.

Pada 17 Julai 2014, pesawat milik syarikat Malaysia Airlines (MAS) ditembak di ruang udara Timur Ukraine ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, menyebabkan semua 298 penumpang maut. 

Penyiasat Belanda mendedahkan peluru berpandu BUK buatan Russia digunakan untuk menembak jatuh pesawat Boeing 777 itu. – AFP, 25 Mei, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen