SMK Anderson Ipoh kini usang, perlu dibaik pulih, kata alumni


Noel Achariam

Alumni SMK Anderson yang dibuka pada 8 Februari 1909 kini dalam keadaan dalam keadaan sangat usang dan memerlukan sekurang-kurangnya RM300,000 untuk dibaik pulih. – Gambar Alumni SMK Anderson di Ipoh , 25 Mei, 2021.

SEKOLAH Menengah Kebangsaan Anderson di Ipoh memerlukan bantuan kerajaan negeri untuk memperbaiki bangunan sekolah berusia lebih 100 tahun, kata persatuan alumninya.

Sekolah menengah lelaki itu kini dalam keadaan sangat usang sejak lima tahun kebelakangan ini, dan kos membaik pulih melibatkan kos sekurang-kurangnya RM300,000.

Bangunan-bangunan yang dibina sebelum merdeka perlu dipulihara untuk generasi akan datang, kata mereka, tetapi kurang sokongan dari pihak berkuasa menyebabkan mereka terpaksa memperbaiki sendiri sekolah.

Bekas presiden Andersonians Club Ipoh Anwar Hassan memberitahu The Malaysian Insight, dana yang diterima daripada kerajaan tidak mencukupi.

“Kerajaan perlu mengutamakan penyelenggaraan, terutama untuk sekolah-sekolah berusia 100 tahun dan membuat pengawasan dan pemantauan serius terhadap keadaan sekolah-sekolah lama, serta tidak membiarkan ia memburuk.

“Tanpa penyelenggaraan yang betul, kos pembaikan yang terkumpul akan menjadi terlalu besar untuk ditanggung.”

SMK Anderson adalah sekolah Inggeris yang ditubuhkan pada zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu. Sekolah ini dibuka pada 8 Februari 1909.

Pada masa ini terdapat 1,000 pelajar yang mendaftar di sekolah tersebut.

Ia dinamakan sempena Sir John Anderson, Gabenor Negeri-Negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi Britain di Malaysia.

SMK Anderson di Ipoh dalam keadaan sangat usang sejak lima tahun lalu. – Gambar Alumni SMK Anderson di Ipoh , 25 Mei, 2021.

Anwar berkata sejak tahun lalu, dana yang diperuntukkan belum cukup untuk menyelenggara bangunan lama sekolah, terutama untuk menampung kos pembaikan yang memakan kos besar.

“Permintaan berulang untuk dana tambahan tidak mendapat respons.

“Oleh itu sekolah perlu berusaha mencari dana sendiri dari pelbagai sumber seperti sumbangan dari bekas pelajar.”

Pembaikan yang diperlukan merangkumi mengecat sekolah dengan warna asalnya, membaik pulih atap, jubin dan mengganti siling.

Seluruh sekolah memerlukan lapisan cat baharu, kata Anwar.

“Setakat ini, dengan sumbangan sebanyak RM60,000, kami telah berjaya selesaikan pembersihan dan telah cat menara jam sekolah serta bahagian depan sekolah.

“Selebihnya bangunan sekolah dan bilik darjah masih belum selesai sebab kami perlukan tambahan RM300,000 untuk kerja-kerja pengubahsuaian.”

Dana yang diterima daripada kerajaan tidak cukup untuk membaik pulih bangunan, kata persatuan alumni sekolah itu. – Gambar Alumni SMK Anderson, 25 Mei, 2021.

Bagaimanapun, Anwar berkata pengubahsuaian kediaman lama pengetua sekolah mungkin memerlukan kos lebih tinggi kerana ia struktur kayu dan memerlukan pendawaian semula elektrik.

Mengenai dana, Anwar berkata mereka mendapat bantuan bekas pelajar yang meluangkan masa menyemak sebut harga selain ada yang bermurah hati menyumbang wang ringgit bagi memulakan kerja-kerja pembaikan.

Katanya ini ia dibantu lagi dengan fakta bahawa pengetua sekolah itu juga bekas pelajar Anderson dan oleh itu beliau bersungguh-sungguh dengan usaha alumni, selain bersedia mendengar pandangan bekas pelajar sekolah terkemuka itu.

“Beliau berani terima idea. Beliau setuju orang yang menyumbangkan wang ke sekolah mesti mempunyai suara dalam pemilihan kontraktor bagi memastikan wang yang mereka hasilkan dapat digunakan dengan baik.

“Pengetua sangat setuju dengan cadangan agar bekas pelajar memilih kontraktor, dan kami telah pilih seseorang yang membaiki sebuah lagi sekolah seperti ini (Sekolah Menengan St Michael).”

Anwar juga berkata semua bekas pelajar beruntung kerana mendapat sokongan para guru sekolah dan ibu bapa pelajar. – 25 Mei, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen