EU selar Belarus lencong pesawat, tahan aktivis pembangkang


Pesawat Ryanair dinaiki aktivis pembangkang Belarus Roman Protasevich mendarat di Minsk semalam. – Gambar EPA, 24 Mei, 2021.

PEMIMPIN-pemimpin Kesatuan Eropah (EU) akan berbincang pada sidang kemuncak hari ini, mengenai kemungkinan untuk  mengenakan sekatan lebih ketat ke atas Belarus kerana melencongkan pesawat dinaiki aktivis pembangkang Roman Protasevich semalam.

Presiden Presiden Majlis Eropah Charles Michel berang dengan tindakan Belarus melencongkan penerbangan Ryanaair ke dari Athens ke Vilnius, Luthuania sebelum menahan Protasevich, 26, sebaik pesawat mendarat di Minsk, Belarus.

“Saya menggesa pihak berkuasa Belarus supaya segera melepaskan penumpang yang ditahan dan memastikan semua haknya terjamin,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, lapangan terbang Minsk dalam satu kenyataan berkata pesawat yang dinaiki Protasevich terpaksa melakukan pendaratan cemas berikutan ancaman bom.

Tahun lalu, Belarus menyenaraikan Protasevich dan pengasas Nexta Stepan Putilo sebagai individu yang terlibat dalam kegiatan pengganas. 

Kejadian semalam berlaku ketika pihak berkuasa Belarus meningkatkan tindakan keras terhadap pembangkang berikutan tunjuk perasaan bersejarah yang melanda bekas negara Soviet itu selepas pemilihan presiden tahun lalu yang dipertikaikan. – AFP, 24 Mei, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen