LEBIH kurang sembilan orang cedera dalam letupan pada Ahad di kilang yang menghasilkan bahan letupan di wilayah Isfahan, Iran, lapor agensi berita ISNA.
Letupan berlaku di Sepahan Nargostar Chemical Industries pada pukul 4.00 pagi waktu tempatan kerana “hal yang tidak dapat jelas sehingga ianya disiasat,” kata Mansour Shisheforoush, ketua organisasi pengurusan krisis wilayah itu.
Sembilan pekerja kilang cedera dan dipindahkan ke hospital, tambahnya.
Katanya, beberapa pasukan penyiasat kini berada di lokasi untuk menentukan punca letupan.
Loji ini terletak kira-kira 45 kilometer di barat laut bandar Isfahan.
Syarikat ini mengeluarkan “bahan letupan industri-komersial” dan ditubuhkan pada 1941, menurut laman webnya. – AFP, 23 Mei, 2021.
Komen