Pemilihan presiden Iran mungkin pecahkan kem konservatif


Keretakan pertama konservatif sejak Gerakan Hijau 2009, semasa tunjuk perasaan menentang pemilihan semula presiden populis Mahmoud Ahmadinejad. – Gambar EPA, 23 Mei, 2021.

PILIHAN raya presiden di Iran bulan depan bakal menyaksikan pertembungan terakhir yang dijangka memecahbelahkan dua kem politik konservatif yang sudah sekian lama bermasalah antara satu sama lain.

Walaupun senarai calon yang diluluskan masih belum diumumkan, pemilihan pada 18 Jun itu memang sudah dijangka menjadi peratarungan sengit Ali Larijani yang konservatif, bekas speaker Parlimen, dan ketua hakim ultrakonservatif Ebrahim Raisi.

Menurut jawatankuasa pemilihan, hampir 600 calon - termasuk 40 wanita - telah mendaftar menjadi calon untuk menggantikan Presiden moderat Hassan Rouhani, yang mengikut Perlembagaan dilarang mencalonkan diri untuk penggal ketiga berturut-turut.

Bagaimanapun hanya segelintir yang akan dibenarkan bertanding setelah ditapis Majlis Penjaga, sebuah badan tidak terpilih dikuasai konservatif yang bertugas mengawasi pilihan raya.

Keretakan pertama di kalangan konservatif berasal dari “Gerakan Hijau”, pada 2009 semasa tunjuk perasaan menentang pemilihan semula presiden populis Mahmoud Ahmadinejad.

Bagaimanapun keretakan itu lebih dahsyat berikutan perjanjian nuklear 2015 di Vienna. – AFP, 23 Mei, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen