Seorang maut dalam serangan pisau di Amsterdam


POLIS Belanda menjalankan siasatan berhubung insiden serangan pisau di Amsterdam yang menyebabkan seorang maut manakala empat lagi cedera. 

Bagamanapun polis menolak serangan itu ada kaitan dengan aktiviti pengganas. 

Seroang leaki berusia 29 tahun ditahan berhubung serangan itu yang berlaku pada Jumaat di kawasan bar dan restoran berhampiran muzium di ibu negara berkenaan. 

“Polis menjalankan siasatan menyeluruh terhadap insiden berkenaan,” kata polis Amsterdam dalam satu kenyataan. 

“Siasatan yang diketuai Perkhidmatan Pendakwaraya Awam dijalankan secara terbuka, namun buat masa ini tiada sebarang oetunjuk yang mengaitkan kejadian itu dengan aktiviti pengganas.”

Polis berkata pihaknya menerima laporan mengenai satu kejadian tikaman, namun selepas tiba di lokasi polis mendapati terdapat empat lagi mangsa lain. 

“Seorang mangsa mati di tempat kejadian manakala emat lagi dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” kata polis. – AFP, 22 Mei, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen