Suruhanjaya pilihan raya Myanmar rancang bubar parti Suu Kyi


Pada Februari, tentera Myanmar menggulingkan kerajaan dan menahan Kaunselor Negara Aung San Suu Kyi serta Presiden Win Myint. – Gambar EPA, 22 Mei, 2021.

KESATUAN Suruhanjaya Pilihan Raya Myanmar (UEC) merancang membubarkan Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD), pimpinan Kaunselor Negara Aung San Suu Kyi, atas tuduhan penipuan undi semasa pilihan raya November 2020, lapor Sputnik memetik portal berita Myanmar Now pada Jumaat.

Menurut media, Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya yang baru dilantik Thein Soe, mengumumkan keputusan itu dalam pertemuan dengan perwakilan parti-parti politik dan berkata semua pemimpin NLD akan dibawa ke muka pengadilan.

Pada Februari, tentera Myanmar menggulingkan kerajaan dan menahan Suu Kyi serta Presiden Win Myint. – Bernama, 22 Mei, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen