5 polis, 7 militan maut pertempuran di selatan Afghanistan


Keganasan di Afghanistan berlarutan berikutan Taliban berusaha untuk menawan bandar-bandar kecil serta daerah dengan melancarkan serang hendap terhadap pasukan keselamatan. – Gambar EPA, 22 Mei, 2021.

LIMA pegawai polis dan tujuh anggota Taliban terbunuh dalam pertempuran bersenjata di sebuah balai polis di wilayah Zabul, selatan Afghanistan pada Khamis malam, lapor Agensi Berita Xinhua.

“Kumpulan militan tersebut bersenjatakan senapang dan pelancar roket (RPG) menyerang sebuah balai polis di daerah Shahr-i-Safa pada tengah malam, sehingga mencetuskan pertempuran selama beberapa jam,” kata Ketua Majlis Wilayah, Zabul Ata Jan Haqbayan pada Jumaat. 

Keganasan di Afghanistan berlarutan berikutan kumpulan Taliban berusaha untuk menawan bandar-bandar kecil serta daerah dengan melancarkan serang hendap terhadap pasukan keselamatan.

Ketika tentera Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan NATO sudah berundur, keganasan di negara itu dilaporkan semakin meningkat. – Bernama, 22 Mei, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen