Mulakan siasatan kes kematian pengawal keselamatan dalam tahanan, kata EDICT


Sivabalan Subramaniam, seorang pengawal keselamatan berusia 43 tahun diambil polis dari tempat kerjanya di Bandar Baru Selayang pagi ini untuk siasatan kes pemerasan sebelum dia mengadu sesak nafas. – Gambar ihsan keluarga Sivabalan Subramaniam, 21 Mei, 2021.

PUTRAJAYA perlu memulakan siasatan bagi mengetahui punca kematian seorang pengawal keselamatan yang didakwa meninggal dunia di dalam tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, kata Menghapuskan Kematian dan Penderaan Dalam Tahanan (EDICT).

Mereka berkata bahawa siasatan itu juga penting bagi mengetahui pihak yang bertanggungjawab menyebabkan kematian.

“Kematian dalam tahanan tidak seharusnya terjadi. Polis perlu sentiasa peka terhadap keadaan kesihatan dan integriti dalam memastikan tahanan mendapat layanan berperikemanusiaan,” kata EDICT dalam satu kenyataan.

Semalam, The Malaysian Insight melaporkan Sivabalan Subramaniam, seorang pengawal keselamatan berusia 43 tahun diambil polis dari tempat kerjanya di Bandar Baru Selayang pagi ini untuk siasatan kes pemerasan.

Ketua Polis Daerah Gombak Arifai Tarawe dalam satu kenyataan malam ini berkata Sivabalan dibawa ke ibu pejabat polis Gombak pada pukul 11.40 pagi, sebelum dia mengadu sesak nafas.

Polis kemudiannya memanggil ambulans di mana pegawai perubatan berusaha menyelamatkan Sivabalan yang dinyatakan meninggal dunia pada pukul 12.30 tengah hari. – 21 Mei, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen