BANJIR lumpur akibat ribut memusnahkan banyak rumah di selatan California dengan lapan dilaporkan maut, kata pihak berkuasa.
Jabatan bomba Santa Barbara berkata mayat ditemui dalam lumpur dan serpihan ketika operasi menyelamat di Montecito, barat daya Los Angeles.
Jabatan bomba dan sherif bagaimanapun belum dapat mengesahkan kematian, tetapi dilaporkan 25 yang lain cendera.
Di Twitter, jabatan bomba dilaporkan menggunakan anjing pengesan untuk mencari mangsa selepas banyak rumah di Montecito musnah selepas hujan lebat.
Jabatan itu memuat naik gambar taman perumahan yang tenggelam dalam lumpur dan jalan raya tersekat kerana pokok tumbang.
“Anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang remaja 14 tahun yang terperangkap selama berjam-jam di dalam sebuah rumah yang musnah di Montecito,” katanya.
Jalan raya tenggelam dengan banjir lumpur terpaksa ditutup lebih 50 km dari lebuh raya.
Hujan lebat menyebabkan benteng di Montecito terhakis dan banjir membawa lumpur dan batu besar bergolek ke arah kawasan perumahan.
Bahagian kecemasan menerima banyak panggilan laporan orang hilang. – AFP, 10 Januari, 2018.
Komen