Konflik di Artik tidak berasas, kata Rusia


Amerika Syarikat dan Rusia baru-baru ini meningkatkan aktiviti ketenteraan di Artik. – Gambar AFP, 20 Mei, 2021.

MOSCOW pada Khamis berkata ia tidak nampak sebarang asas berhubung konflik di Kutub Utara, namun memberi amaran kepada Barat mengenai ketenteraan di pintu Rusia.

Kedua-dua pihak baru-baru ini meningkatkan ketenteraan mereka, dengan Amerika Syarikat menghantar pengebom ke Norway dan Rusia melakukan latihan maritim dan udara yang besar.

“Kami telah menekankan pada pertemuan itu bahawa kami tidak melihat sebarang asas untuk konflik di sini. Lebih-lebih lagi untuk pengembangan program ketenteraan dari beberapa blok di sini,” kata Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov kepada wartawan pada Khamis selepas menamatkan mesyuarat Majlis Artik di Iceland.

“Dan kami berpuas hati rakan-rakan kami bersetuju dengan kami dalam hal ini,” katanya, ketika Moscow mengambil alih sebagai pengerusi forum yang juga merangkumi Amerika Syarikat dan enam negara lain yang bersempadan dengan Artik.

Walaupun banyak kenyataan dari para menteri luar negeri dalam pertemuan itu dan janji-janji kerjasama AS-Rusia di rantau tersebut, Lavrov membuat beberapa penegasan, mencerminkan pertambahan kepentingan geopolitik di wilayah itu.

Katanya beliau akan berbincang secara langsung pada Khamis dengan Menteri Luar Norway, Ine Marie Eriksen Soreide Oslo untuk “memperkuatkan kehadiran ketenteraannya dekat dengan sempadan kita.”

Lavrov menuduh Nato meletakkan tentera AS dalam “putaran berterusan” di Eropah bagi mengelakkan penempatan tetap, melarang perjanjian yang mengatur hubungan antara Nato dan Barat.

Semasa pertemuan pertama mereka di bawah pentadbiran AS yang baru, Lavrov pada Rabu memberi amaran kepada Setiausaha Negara AS Antony Blinken untuk menentang penempatan pasukan tambahan di Poland, dengan berkata tindakan itu akan melanggar perjanjian 1997 mengenai hubungan antara Rusia dan Nato pada 1997.

“Kami akan ambil langkah-langkah yang diperlukan untuk memastikan keselamatan kami,” tegas Lavrov pada Khamis.

Dengan nama ingin mempertahankan kerja sama, beliau dengan cepat menambah: “Bagaimanapun keutamaan kami sebenarnya adalah dialog. Itulah yang kami bincangkan semalam dengan Antony Blinken.” – AFP, 20 Mei, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen