TAWARAN untuk menyumbangkan dua juta dos vaksin Sinovac ke Pulau Pinang adalah tawaran tulen dan bukan “palsu” seperti dijelaskan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaludin, kata pendermanya Yong Chee Kong.
“Ini adalah tawaran tulen oleh bos saya yang syarikatnya berpusat di Hong Kong,” katanya kepada The Star.
Xintai Enterprise Development Limited, sebuah syarikat berpusat di Hong Kong telah menawarkan untuk menyumbangkan dua juta dos vaksin Sinovac kepada kerajaan Pulau Pinang.
Yong, yang memperkenalkan dirinya sebagai pengarah urusan syarikat itu, memberitahu Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dalam surat bertarikh 1 Februari, bahawa beliau akan membayar deposit sebanyak AS$2 juta (RM8.3 juta) untuk dua juta dos tersebut.
Beliau mengaku sebagai warganegara yang beralamat di Kota Kinabalu, Sabah selain berkata telah menghubungi ketua penjualan antarabangsa Sinovac, Coco Chang untuk pembelian tersebut.
“Saya pertama kali menulis surat kepada kerajaan Sabah awal tahun ini tetapi mereka menolaknya dan memberitahu saya, Sinovac masih belum dipersetujui (pada masa itu) oleh kerajaan.
“Saya kemudian tawarkan kepada kerajaan negeri pembangkang adakah mereka berminat. Dan mereka berminat, dan surat itu pun ditulis,” katanya.
Tambah Yong, surat kepada Chow ditulis atas nama majikannya di Hong Kong dan tawaran untuk vaksin masih terpakai.
Oleh kerana perkara itu dipolitikkan, Yong berkata sekarang beliau sedang mendapatkan nasihat perundangan.
“Tawaran masih ada. Telah dipolitikkan. Sekarang saya perlu bersihkan nama saya. Saya sedang berunding dengan peguam saya,” katanya.
Semalam, Khairy menteri penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan mengatakan bahawa dia telah menyiasat tawaran oleh Yong dan mendapati bahawa itu adalah penipuan dan tawaran palsu.
Semalam, Khairy, yang merupakan menteri penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan berkata syarikat yang menawarkan untuk menyumbangkan dua juta dos vaksin Sinovac kepada kerajaan Pulau Pinang adalah entiti palsu.
Khairy berkata beliau sudah menyiasat tawaran yang dibuat oleh seorang yang bernama Yong Chee Kong dari Xintai Development Enterprise Ltd, sebuah syarikat yang berpejabat di Hong Kong.
Jelas Khairy, semakan dengan Sinovac juga mendapati tiada sebarang tempahan untuk membeli vaksin dibuat oleh syarikat atau individu berkenaan.
Katanya berliau telah mendapat tawaran serupa dari individu sama pada 9 Februari untuk kerajaan Sabah. – 20 Mei, 2021.
Komen