Tongkang karam di Mumbai, 26 maut, 49 masih hilang


Operasi SAR tongkang karam di Mumbai sedang dijalankan setakat ini 188 orang berjaya diselamatkan dan 49 lagi masih hilang. – Gambar EPA, 20 Mei, 2021.

SEBANYAK 26 mayat dijumpai di Laut Arab selepas sebuah tongkang karam dibadai Siklon Tauktae di 35 batu nautika dari Mumbai, lapor Agensi Anadolu.

Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan setakat ini 188 orang berjaya diselamatkan dan 49 lagi masih hilang, menurut jurucakap Tentera Laut India Komander Mehul Karnaik.

Tauktae membadai barat negeri Gujarat pada lewat Isnin dengan tiupan angin mencecah 185km sejam, menyebabkan banyak kemusnahan. – Bernama, 20 Mei, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen