DAP rekrut pemimpin Dayak raih undi luar bandar, kata penganalisis


Desmond Davidson

Sejak beberapa tahun kebelakangan, DAP buka ruang kepada penduduk Dayak sebagai langkah meraih sokongan pengundi kawasan pendalaman. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Mei, 2021.

DAP mula mengatur strategi untuk memenangi undi kaum Dayak di kawasan pendalaman Sarawak apabila merekrut seorang pemimpin akar umbi berpengaruh Joseph Jinggut, kata penganalisis.

Jinggut, bekas pengerusi majlis daerah Kapit, dilantik sebagai ahli jawatankuasa parti negeri pada 1 Mei lalu, dengan tugas mengetuai kempen DAP di bahagian Kapit beserta tugas lain.

Penganalisis politik memberitahu The Malausian Insight bahawa langkah tersebut merupakan nilai tambah yang besar kepada DAP dalam usahanya menembusi kawasan luar bandar.

Selama ini DAP dilihat sebagai parti bandar tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, parti itu mula mengubah landskap politik di Sarawak dengan membuka ruang kepada penduduk Dayak sebagai langkah meraih sokongan pengundi kawasan pendalaman.

Katanya, kedudukan Jinggut dalam masyarakat dan pengaruhnya membuatkan beliau sebagai calon terbaik untuk mendekati pengundi Dayak.

Jinggut, seorang graduan Universiti Westmar, Amerika Syarikat (AS), berasal daripada keluarga berpengaruh di Kapit.

Bapanya amat dihormati sebagao pemimpin tempatan manakala abang sulungnya, Justin Jinggut merupakan bekas Ahli Parlimen Ulu Rajang selama dua penggal.

Justin memegang jawatan itu ketika menjadi pemimpin Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dari tahun 1982 hingga 1990.

Joseph Jinggu juga merupakan adik ipar kepada Ahli Parlimen Betong Lawson Chuat.

Jinggut memegang beberapa jawatan penting semasa beliau aktif sebagai ahli politik parti pemerintah.

Beliau menjadi pengerusi Majlis Daerah Kapit selama 11 tahun dari 1987 hingga 1998.

Kemudian beliau menjadi setiausaha politik Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud dari 1999 hingga 2003.

Bergiat aktif dalam politik, beliau dilantik menjadi ahli lembaga pengarah Pertubuhan Peladang dan pengerusi pertubuhan belia negeri Saberkas bahagian Kapit. – 16 Mei, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen