Gempa kuat 7.2 skala Ritcher di utara Sumatera, kata Indonesia


Setakat ini tiada amaran tsunami dikeluarkan Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika Indonesia.– Gambar AFP, 14 Mei, 2021.

GEMPA bumi kuat bermagnitud 7.2 pada skala Richter berlaku di barat daya Pulau Sumatera Utara, Indonesia.

Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia.

Menurut BMKG, gempa itu berlaku jam 1.33 tengah hari waktu Indonesia barat, berpusat di 141km barat daya Nias Barat-Sumatera Utara, di kedalaman 19km di dasar Laut Hindi.

BMKG kini memantau kejadian itu yang dibimbangi boleh mencetuskan gempa susulan. – Bernama, 14 Mei, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen