Guru disyaki buat jenaka rogol diarah pindah


Kementerian Pendidikan memutuskan menempatkan seorang guru lelaki di Jabatan Pendidikan Negeri Selangor sementara menunggu siasatan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Mei, 2021.

KEMENTERIAN Pendidikan (KOM) mengambil mengarahkan pemindahan seorang guru dari sekolah yang disyaki mengeluarkan jenaka rogol semasa kelas pendidikan jasmani susulan laporan polis yang dibuat oleh seorang pelajar.

Ain Husniza Saiful Nizam, 17, membuat laporan polis terhadap guru tersebut pada 24 April.

“KPM memutuskan menempatkan guru tersebut di Jabatan Pendidikan Negeri Selangor sementara menunggu siasatan.

“Langkah seterusnya bergantung kepada hasil siasatan,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Video TikTok Ain yang memperincikan insiden itu menjadi viral dan mencetuskan kemarahan awam terhadap tingkah laku guru tersebut.

Susulan pendedahan itu, beliau menerima ancaman rogol daripada rakan sekolahnya. Tetapi beliau dan keluarganya tidak meneruskan tindakan polis selepas menerima permohonan maaf mereka.

Ain juga dipersenda sejak pendedahan perbuatan guru itu, termasuk menerima mesej kasar di Facebook yang dikatakan daripada pengetua SMK Puncak Alam tertulis “Ajarlah anak kurang ajar” dan “Hipokritnya anak setan pakai tudung”.

Komen itu ditinggalkan pada satu hantaran yang mempromosikan penampilan Ain dan ibunya Niza Sharifudin dalam sesi secara langsung Facebook dengan Khadijah Learning Center mengenai topik bersuara.

KPM berkata pihaknya meneliti mengenai komen pengetua dan mengesahkan beliau sudah membuat laporan polis.

“KPM mengesahkan bahawa satu laporan polis telah dibuat oleh pengetua berkenaan di Balai Polis Kuala Selangor yang menafikan bahawa beliau telah memuat naik komen berkenaan dan mengesyaki akaun Facebook miliknya telah digodam.”

Komen itu menimbulkan kemarahan di kalangan rakyat Malaysia, termasuk ahli politik. Satu gerakan dikenali sebagai “#StandWithAin” mendapat perhatian di Twitter ketika rakyat Malaysia menyokong di bekalangnya. 

Ain juga memulakan gerakannya sendiri #MakeSchoolASaferPlace berhubung pengalamannya dengan guru.

Baru-baru ini, Ain juga menerima notis amaran diberhentikan daripada pihak sekolahnya kerana tidak hadir.

Dalam tweet pada 9 Mei, Ain berkata menerima surat itu kerana tidak hadir sekolah selama tiga hari. – 12 Mei, 2021.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen