Sarawak umum kekal PKPB


Desmond Davidson

PKPB akan diteruskan sehingga 17 Mei di Sarawak, dengan beberapa syarat SOP diperketatkan.– Gambar fail The Malaysian Insight, 11 Mei, 2021.

SARAWAK tidak akan mengikut negeri-negeri lain melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin semalam, kata Douglas Uggah.

Timbalan ketua menteri itu dalam satu kenyataan berkata PK Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan sejak Jumaat lalu akan diteruskan sehingga 17 Mei, dengan beberapa syarat prosedur operasi standard (SOP) akan diperketatkan.

Sementara itu, Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg dalam perutusan Hari Raya hari ini berkata PKP Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di kawasan yang mencatat lonjakan kes.

Selain Sarawak, dan Sabah tidak mengenakan PKP seperti negeri-negeri lain. Sabah semalam lewat malam semalam umum PKPB di negeri itu akan diteruskan.

Uggah juga berkata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata memutuskan restoran, kedai makan, bistro, kafe dan gerai hanya dibenarkan beroperasi secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran.

Beliau selaku pengerusi JPBN berkata premis yang telah dikenal pasti oleh Sistem Pengecaman Lokasi Panas untuk Libat Urus Dinamik (HIDE) berisiko tinggi menyebarkan wabak Covid-19 telah diarahkan supaya mengambil langkah sewajarnya. – 11 Mei, 2021. – 11 Mei, 2021. 

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen