2 serangan bom dalam tempoh 24 jam di Afghanistan 


Serangan bom di wilayah Parwan, Afghanistan yang menyasarkan bas penumpang meragut puluhan nyawa dan mencederakan 41 yang lain.– Gambar EPA, 10 Mei, 2021.

SEBUAH bom yang ditanam di bahu jalan meletup dan memusnahkan sebuah bas penumpang, di wilayah Parwan, Afghanistan, insiden kedua dalam tempoh 24 jam, lapor Sputnik memetik TOLOnews pada Isnin.

Letupan berlaku di kawasan Pul-e-Matak di Parwan pada pagi Isnin, mengorbankan dua orang awam dan mencederakan sembilan yang lain. 

Pada awal pagi, menurut sumber satu lagi kejadian letupan bom berlaku di wilayah Zabul, juga menyasarkan sebuah bas penumpang. Kejadian itu meragut puluhan nyawa dan mencederakan 41 yang lain.

Setakat ini, tiada kumpulan, termasuk Taliban mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu. – Bernama, 10 Mei, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen