Istana Drakula tawar vaksin buat pelawat


Terletak di lembah di pergunungan Carpathian, Bran Castle dikaitkan dengan putera Romania abad ke-15, Vlad Tepes, dikenal sebagai "the Impaler", walaupun tidak pernah tinggal di sana. – Gambar EPA, 9 Mei, 2021.

PENGUNJUNG Bran Castle, Romania, yang terkenal sebagai inspirasi bagi kisah Drakula, diberikan suntikan vaksin berbanding gigitan hisap darah seperti kisah popular itu pada hujung minggu ini dalam usaha vaksinasi Covid-19.

“Saya datang untuk mengunjungi istana bersama keluarga saya dan ketika melihat poster itu, saya beranikan diri dan bersetuju untuk mendapatkan suntikan,” kata jurutera berusia 39 tahun, Liviu Necula.

Mereka mengambil suntikan diberikan sijil pujian “keberanian dan bertanggungjawab” menjanjikan mereka akan disambut di istana itu lagi 100 tahun akan datang, selain mendapat tawaran percuma ke “ruang seksaan.”

Terletak di lembah di pergunungan Carpathian, Bran Castle dikaitkan dengan putera Romania abad ke-15, Vlad Tepes, dikenal sebagai “the Impaler”, walaupun tidak pernah tinggal di sana.

Pengarang Dracula, Bram Stoker, dipercayai diilhamkan oleh Vlad dan Bran Castle ketika menulis novelnya pada 1897, yang kemudiannya membuka lembaran baharu dalam sastera seram dunia

Kerajaan Romania telah beralih ke program vaksinasi tempatan dan “maraton” 24 jam di tempat-tempat utama seperti Perpustakaan Kebangsaan di Bucharest bagi mendapatkan imunisasi sebanyak mungkin.

“Pusat-pusat ini adalah untuk semua orang yang ingin mendapat vaksin tetapi tidak mahu membuat janji temu dalam talian,” kata pengarah hospital Marius Nasta Beatrice Mahler kepada AFP.

Bagaimanapun tambahnya masih sukar untuk menjangkau orang-orang yang tinggal di banyak kawasan tanpa doktor.

Hampir 3.6 juta warga Romania dari keseluruhan 19 juta penduduk telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, dengan pihak berkuasa mensasarkan lima juta orang pada Jun. – AFP, 9 Mei, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen