SEKURANG-kurangnya 21 orang awam terbunuh dalam serangan udara di wilayah Idlib di barat laut Syria pada Isnin, lapor agensi berita Xinhua.
Separuh daripada mangsa yang terbunuh itu terdiri kanak-kanak dan wanita, kata Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria sambil menyalahkan pesawat perang Rusia dan Syria kerana menjalankan serangan udara berkenaan.
Setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada kerajaan Syria.
Serangan udara berlaku sejam selepas letupan maut di Idlib yang membunuh 34 orang, termasuk 18 orang awam, menurut pemerhati berkenaan.
Letupan semalaman itu menyasarkan kumpulan pemberontak Agnad al-Caucaus, yang bersekutu dengan Jawatankuasa Pembebasan Levant (LLC) dan mempunyai kaitan dengan al-Qaida.
Tentera Syria telah melancarkan serangan besar-besaran di kawasan selatan Idlib, dengan menawan puluhan bandar dan kampung sejak dua bulan lalu.
Pada Ahad tentera mencapai kemenangan apabila menawan bandar strategik Sinjar, yang membolehkan pasukan pemerintah terus meluaskan serangan ke arah pangkalan udara utama Abu al-Duhur.
Idlib menjadi destinasi utama kumpulan pemberontak dan telah memindahkan beberapa kedudukan ke seluruh Syria selepas menyerah kepada tentera Syria. – Bernama, 8 Januari, 2018.
Komen