Malaysia perlu kecam serangan Israel


DAP mengecam serangan anggota keselamatan Israel ke atas warga Palestin di Masjid al-Aqsa semalam.

Menurut laporan, 178 warga Palestin cedera dalam serangan tersebut yang terjadi ketika jemaah mengerjakan solat terawih.  Juga menurut laporan, ramai para jemaah yang terperangkap akibat serangan tersebut, termasuk wanita dan kanak-kanak.

Serangan terhadap rumah ibadat ialah perbuatan keganasan dan tidak sepatutnya berlaku, apatah lagi semasa bulan Ramadan dan Aidilfitri juga bakal menjelang.

Israel sepatutnya mencari jalan untuk mengurangkan konflik Timur Tengah yang semakin meruncing dan bukan mengambil jalan keganasan.

DAP menggesa kerajaan Malaysia untuk turut sama mengecam serangan Israel tersebut. – 9 Mei, 2021.

* Teo Nie Ching ialah setiausaha antarabangsa DAP.

* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen