Pameran karikatur hak asasi dalam talian digodam, kata Zunar


Raevathi Supramaniam

Zunar berkata serangan itu berlaku semasa forum langsung berjudul "Cartoonist - Enemy of the State" (Kartunis - Musuh Negara) yang menampilkan beliau sendiri selain kartunis dari Filipina dan Indonesia. – Gambar Craftora, 8 Mei, 2021.

LAMAN web galeri karikatur hak asasi manusia craftora.com telah digodam sejak dua jam lalu, kata kartunis Malaysia 

Pelayan dalam talian untuk craftora.com, pameran karikatur digital mengenai hak asasi manusia telah diserang oleh penggodam sejak dua jam yang lalu, kata kartunis Malaysia Zulkiflee Anwar Alhaque.

Lebih dikenali sebagai Zunar, beliau berkata terdapat lebih daripada 100 percubaan oleh penggodam.

“Kami dapati lebih dari seratus percubaan untuk menggodam laman web dan ia berasal dari lebih dari 50 IP (Protokol Internet) berbeza. Tetapi setakat ini, tak ada kerosakan pada laman web,” katanya dalam satu kenyataan.

Zunar berkata serangan itu berlaku semasa forum langsung berjudul “Cartoonist - Enemy of the State” (Kartunis - Musuh Negara) yang menampilkan beliau sendiri selain kartunis dari Filipina dan Indonesia.

Pameran bertemakan “Human Rights in My Country” ini menampilkan 74 karikatur “tajam” oleh 37 kartunis dari Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand dan Myanmar yang berlangsung hingga 29 Mei depan.

Semalam, Zunar disoal siasat polis selama dua jam mengenai karikatur yang didakwa mempersendakan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, berhubung keputusan pembatalan cuti Thaipusam.

Telefonnya turut dirampas buat kali kelima.

“Mereka rampas telefon saya untuk buat analisis forensik mengenai aktiviti saya di internet berkenaan dengan karikatur yang saya lukis,” katanya.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen