Pusat beli-belah antara lokasi panas Covid-19


Ragananthini Vethasalam

Pusat membelah-belah antara 100 lokasi panas Covid-19 yang dikenal pasti di bawah Hotspot Identification for Dynamic Engagement (HIDE). – Gambar fail The Malaysian Insight, 8 Mei, 2021.

PUSAT membeli-belah dan stesen LRT antara lebih 100 lokasi panas Covid-19 yang dikenal pasti di bawah sistem baharu Hotspot Identification for Dynamic Engagement (HIDE) Kementerian Kesihatan yang bertujuan mencegah pembentukan kluster virus.

Menurut data HIDE bertarikah hari ini, Bangsar Shopping Centre, Bangsar Village 2, Pavillion dan MidValley di Kuala Lumpur adalah antara kumpulan pusat membeli-belah dalam senarai.

Stesen LRT seperti Masjid Jamek dan KLCC juga ada dalam senarai.

HIDE yang dilancarkan awal minggu ini adalah data besar dan sistem kecerdasan buatan yang digunakan untuk mengenal pasti titik panas virus yang berpotensi lebih awal dan memungkinkan campur tangan yang lebih disasarkan dalam menangani wabak tersebut.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan berkata bahawa senarai lokasi panas bertujuan membantu orang ramai merancang perjalanan mereka dan memutuskan sama ada mereka harus pergi ke tempat tertentu bagi mengelakkan risiko jangkitan Covid-19.

Senarai ini juga berfungsi sebagai panduan kepada pengendali premis untuk mengambil langkah proaktif bagi mencegah dan melindungi kedai mereka dari menjadi pusat virus.

Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis Selangor (CPRC) menentukan potensi kawasan panas virus berdasarkan pengawasan selama tujuh hari.

“Senarai lokasi dan premis sangat penting dan sesuai memandangkan kes positif harian Covid-19 berada pada tahap membimbangkan.

“Dalam tujuh hari terakhir, sebanyak 23,712 kes baharu Covid-19 dilaporkan sedangkan kemasukan ICU meningkat 21% berbanding minggu sebelumnya,” katanya. 

Senarai tersebut akan membolehkan pemilik premis dan pihak berkuasa berkenaan mengambil langkah-langkah pencegahan awal pembentukan kluster Covid-19. – 8 Mei, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen