Menteri cetus kemarahan atas isu anugerah Datuk kepada Pandelela


Desmond Davidson

Menteri Belia dan Sukan Sarawak itu nampaknya sudah lupa jasa, pengorbanan Pandelela yang telah mengharumkan nama negara sejak berusia 15 tahun, kata ahli politik DAP Nicholsion Brolin. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Mei, 2021.

PENYELAM Kebangsaan, Pandelela Rinong, secara tidak sengaja terjerumus dalam pertikaian antara Menteri Belia dan Sukan Sarawak Abdul Karim Rahman Hamzah dan ahli politik yang mencari tumpuan untuk pilihan raya negeri.

Ia dicetuskan oleh reaksi Karim terhadap cadangan bagaimana memberi ganjaran kepada pemenang pingat Olimpik dua kali berusia 28 tahun itu kerana memenangi pingat emas pertama buat Malaysia di Piala Dunia Fina (Persekutuan Renang Antarabangsa) di Jepun.

Ada yang mencadangkan Pandelela dianugerahkan pangkat Datuk, seperti pemain skuasy kebangsaan Nicol David, sebagai pengiktirafan atas sumbangannya kepada sukan negara.

Apabila Karim bertindak balas dengan berkata tidak bagus kerap memberi anugerah kepada atlet setiap kali mereka memenangi sesuatu pertandingan, beliau segera dituduh memperkecilkan peranan Pandelela.

Kata Karim, walaupun Sarawak memberi ganjaran berupa wang ringgit, namun pemberian pangkat Datuk sangat berbeza sama sekali.

Beliau berkata gelaran itu bukan sahaja akan merosakkannya tetapi meletakkannya dalam keadaan janggal dalam kalangan rakan-rakannya.

Karim berkata ia akan menyusahkan Pandelela berinteraksi dengan rakan-rakannya.

Bagaimanapun, calon DAP dalam pilihan raya akan datang dan etnik Bidayuh seperti Pandelela, Nicholsion Brolin tidak bersetuju dengan Karim.

Nicholsion, yang mungkin menjadi calon di Serumbu di Serian, memberitahu Karim usia bukan faktor untuk menghargai seseorang.

Malah, katanya, adalah lebih layak lagi jika seseorang itu seperti Pandelela yang telah mengharumkan nama negara sejak berusia 15 tahun.

Nicholsion berkata, sepatutnya Karim mempersoalkan pemberian gelaran kepada mereka yang didakwanya tidak menyumbang apa-apa kepada negara. – 7 Mei, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen