Pertumbuhan KDNK Malaysia mungkin 4% pada 2021, kata badan pemikir


Ragananthini Vethasalam

Ekonomi Malaysia mungkin mencatatkan pertumbuhan 4% tahun ini, jika kes Covid-19 terus meningkat dan perkembangan program imunisasi bergerak perlahan, kata badan pemikir. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Mei, 2021.

SEBUAH badan pemikir hari ini meramalkan ekonomi Malaysia mungkin mencatatkan pertumbuhan 4% tahun ini, jika kes Covid-19 terus meningkat dan perkembangan program imunisasi bergerak perlahan.

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Sosioekonomi Lee Heng Guie berkata selain itu, perbelanjaan berhemah dan larangan perjalanan antarabangsa dan rentas negeri yang ditarik balik secara berperingkat antara faktor menyokong ramalan itu.

Bagaimanapun, Lee berkata ramalan keluaran dalam negara kasar (KDNK) 4% itu berdasarkan kepada scenario kes dan jika keadaan lebih baik, negara bakal menerima pertumbuhan 6%.

Katanya, pertumbuhan 6% mungkin dicatatkan jika langkah membendung virus itu dan imunisasi dipercepatkan, jika permintaan pelanggan meningkat dan sector perkhidmatan kembali beroperasi dengan perjalanan antarabangsa dibenarkan semula.

Ekonomi merosot 5.6% pada 2020, iaitu penurunan terburuk sejak 7.4% pada 1998, akibat krisis kewangan Asia.

Bank Negara Malaysia dijadualkan mengumumkan pencapaian ekonomi negara bagi suku pertama 2021 pada 11 Mei. – 6 Mei, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen