Pengecualian KL dari PKP tidak masuk akal, kata pengguna media sosial


Hailey Chung Wee Kye

Rata-rata pengguna media sosial mempersoalkan tindakan Putrajaya mengecualikan Kuala Lumpur dari dikenakan PKP kerana jumlah kes harian Covid-19 di negeri itu juga meningkat. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Mei, 2021.

PENGGUNA media sosial mempersoalkan tindakan Putrajaya mengecualikan Kuala Lumpur dari dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila daerah di sekitarnya ditutup selama hampir dua minggu mulai esok.

Mereka berkata langkah itu tidak masuk akal kerana kes baharu Covid-19 di Kuala Lumpur juga meningkat.

Tambah mereka, walaupun Selangor merupakan negeri dengan jumlah jangkitan tertinggi, Kuala Lumpur juga tidak ketinggalan.

Kuala Lumpur mencatatkan 408 kes baharu semalam dengan jumlah jangkitan ketiga tertinggi di seluruh negeri.

“KL ada hampir 10 kali ganda jumlah kes dari Sepang (sebuah daerah di Selangor), tetapi KL tidak berada di bawah PKP sementara Sepang dikenakan PKP,” tulis @JazliAziz di Twitter.

“Adakah kerajaan kita hanya menggunakan jumlah kes aktif bagi menentukan daerah mana yang perlu berada di bawah PKP tanpa mengambil kira kepadatan penduduk?

“Dan kenapa PKP kali ini kurang dari dua minggu apabila semua PKP sebelum ini dilanjutkan melebihi jangka waktu dua minggu?

“Kita semua tahu PKP ini akan dilanjutkan sekurang-kurangnya sehingga satu atau dua bulan. Jadi kenapa kita masih menggunakan sistem dua minggu ini pada suatu masa?,” soalnya.

Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob semalam mengumumkan enam daerah di Selangor akan dikenakan di bawah PKP mulai esok sehingga 17 Mei.

Enam daerah tersebut adalah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat and Sepang. Kuala Lumpur kekal di bawah PKP bersyarat.

Bagi aktiviti ekonomi di kawasan ini, perniagaan dibenarkan untuk beroperasi seperti biasa walaupun prosedur operasi standard yang lebih ketat. – 5 Mei, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen