SpaceX bongkar misi rahsia kerajaan Amerika, Zuma


Matlamat Ketua Pengarah Eksekutif SpaceX, Elon Musk adalah untuk memperkemaskan teknik mendarat agar roket-roket suatu hari nanti boleh diguna pakai kembali, yang mana akan mengurangkan kos pengembaraan angkasa lepas. – Gambar AFP, 8 Januari, 2018.

SPACEX pada Ahad membongkar misi rahsia kerajaan Amerika Srarikat (AS) dikenali sebagai Zuma, yang mana misi itu, bersama agensi yang berkait, selama ini tidak diketahui ramai.

“Tiga, dua, satu, cucuh, dan lancar,” kata pengomen SpaceX sebaik roket Falcon 9 dilancarkan dalam gelap dari Cape Canaveral, Florida pada 8PM waktu tempatan.

Pelancaran itu sepatutnya dibuat pada November tetapi dilanjutkan supaya syarikat asal California itu meneliti lebih mendalam masalah reraut, atau sebahagian hidung kerucut yang melindungi muatan.

Namun, apa yang wajib seperti keselamatan dan rahsia lanjut masih tidak diketahui.

Pembuat muatan itu, Northrup Grumman berkata, ianya dibuat untuk kerajaan AS dan akan diletakkan di bahagian orbit rendah bumi, namun tidak menerangkan lebih lanjut berhubung perkara itu.

Dalam masa sama, SpaceX dan Pentagon tidak memberi sebarang respon terhadap komen misi itu.

Pada masa lalu, SPaceX telah melancarkan muatan keselamatan nasional termasuklah satelit pengintip untuk National Reconnaissance Office dan pesawat udara X-37B untuk Tentera Udara AS.

Bagaimanapun, video siaran langsung pelancaran kapal angkasa Zuma itu tidak ditunjukkan selepas peringkat pertama roket itu dipisahkan.

Namun telah disahkan yang reraut telah dikerah dan muatannya selamat menuju ke bahagian bawah orbit Bumi.

Selepas pelancaran itu, SpaceX telah mengambalikan bahagian panjang roket Falcon 9 ke tapak pendaratan menegak di Cape Canaveral.

Sorakan gemuruh berlaku di ibu pejabat SpaceX di Hawthorne, California sebaik roket itu mendarat dengan baik.

Matlamat Ketua Pengarah Eksekutif SpaceX, Elon Musk adalah untuk memperkemaskan teknik mendarat agar roket-roket suatu hari nanti boleh diguna pakai kembali, yang mana akan mengurangkan kos pengembaraan angkasa lepas. – AFP, 8 Januari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen