Khairy lancar teknologi baharu bantu kerajaan kesan kawasan panas Covid-19 


Raevathi Supramaniam

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin melancarkan sistem amaran awal HIDE bagi membantu kerajaan menangani pandemik Covid-19.– Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 4 Mei, 2021.

DATA besar dan kecerdasan buatan akan digunakan untuk membantu Putrajaya menguruskan wabak Covid-19 dengan lebih baik, kata Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) hari ini.

Teknologi sistem amaran awal Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE) dibangunkan oleh kerajaan, dilancarkan oleh Menteri Mosti Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata HIDE akan digunakan bagi membolehkan lebih banyak pengurusan bersasar dalam menguruskan wabak dan mengenal pasti tempat yang berpotensi menjadi kawasan panas pada masa akan datang.

“Berikutan lonjakan kes Covid-19, Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 1 Mei memutuskan untuk menggunakan sistem amaran awal bagi mengenal pasti kawasan titik panas.

“HIDE menggunakan analisis data besar dan kecerdasan buatan melalui pengesanan dan penentuan kontak dan meramalkan kawasan panas yang dapat menyebabkan kluster.

“HIDE akan memberikan data penting kepada Kementerian Kesihatan dan pihak berkuasa lain untuk mengambil tindakan untuk mengambil tindakan awal yang disasarkan untuk mengelakkan kluster di kawasan panas,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Menurut Khairy, setakat ini HIDE mengena pasti 1,660 kawasan panas yang berpotensi menjadi kluster, berbanding 1,170 minggu lalu.

Senarai 1,660 hotpot berpotensi akan diumumkan pada Jumaat, 7 Mei, tambah Khairy yang juga menteri penyelaras program imunisasi Covid-19 kebangsaan.– 4 Mei, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen