RADIOHEAD, kugiran asal British telah menyaman penyanyi Amerika Lana Del Rey kerana terdapat persamaan antara lagu lama “Creep” kugiran itu dengan versi baharu Lana.
Penyanyi berusia 32 tahun itu, bagaimanapun menafikan yang beliau terpengaruh dengan “Creep,” walaupun kedua mereka terkenal dengan tema gelap dalam muzik mereka.
Pergolakan itu timbul apabila lagu penamat “Get Free” dalam album terbaharu Lana iaitu “Lust for Life” dimulai dengan bunyi gitar seakan “Creep” dalam tempo yang lebih kurang sama.
Lana mengesahkan saman itu selepas dilaporkan oleh tabloid British The Sun, menambah yang beliau ada menawarkan kugiran itu kompromi.
Namun Radiohead mahukan kredit penuh terhadap “Get Free.”
“Saya tawar lebih kurang 40% dalam beberapa bulan lepas, tetapi mereka nak 100%,” tulis Lana di Twitter.
“Peguam-peguam mereka ‘garang,’ jadi kami akan selesaikan sahaja di mahkamah,” katanya.
Dalam pada itu, wakil Radiohead tidak memberi sebarang respon atau komen berhubung perkara itu.
“Creep” merupakan lagu pertama mereka yang telah “memecah panggung” pada awal 1990-an, yang menjadi batu loncatan kepada kugiran asal Oxford itu. Sejak itu, mereka mula aktif dengan pelbagai arah muzik yang eksperimental, selain jarang-jarang sekali mempersembahkan “Creep” dalam konsert mereka.
Sementara “Creep” menangkap telinga pendengar dengan gitar mendayu tetapi “gelap,” berbanding “Get Free” pula dengan korus yang sedikit rancak.
Industri muzik dunia sejak kebelakangan ini berhadapan dengan pelbagai pergolakan penulisan lagu berprofil tinggi.
Penyanyi soul English, Sam Smith telah mengkreditkan, selain pembahagian royalti berhubung persamaan antara balada Smith dalam “Stay With Me dengan lagu penyanyi rock Amerika Tom Petty bertajuk “I Won’t Back Down.”
Dalam dalam kes yang menakutkan penulis lirik, seorang juri telah menganugerahkan lebih AS$7 juta kepada Marvin Gaye setelap memutuskan bahawa lagu Robin Thick dan Pharrell Williams yang terkenal “Blurred Lines” diambil dari legenda penyanyi soul Gaye iaitu “Got to Give It Up.” – AFP, 8 Januari, 2018.
Komen