Tempahan vaksin AstraZeneca penuh, kata Khairy


Ravin Palanisamy

PENDAFTARAN untuk vaksinasi AstraZeneca secara sukarela penuh selepas dibuka kira-kira tiga jam pada tengah hari tadi.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin menerusi Twitter berkata bahawa semua slot vaksin yang akan diberikan di empat pusat sudah penuh.

Tempahan diterima melalui laman web berdasarkan tempahan “siapa cepat, dia dapat” dan 268,000 individu di Kuala Lumpur dan Selangor berusia 18 tahun ke atas sudah mendaftar.

“Semua slot ditempah sepenuhnya.

“Anda masih boleh klik di tarikh/PPV tersebut untuk dimasukkan dalam senarai menunggu.

“Kami akan segera memulakan janji temu ke MySejahtera atau SMS anda tidak lama lagi,” katanya – 2 Mei, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen