Chin Tong bakal pimpin DAP Johor sekali lagi


Khoo Gek San

Liew Chin Tong masih menjadi pilihan untuk memimpin DAP Johor walaupun beliau banyak diserang dalam beberapa bulan ini. – Gambar fail The Malaysain Insight, 1 Mei, 2021.

LIEW Chin Tong dijangka memimpin DAP Johor sekali lagi selepas pemilihan parti Ahad ini setelah mendapat restu kepimpinan pusat parti dan veteran Lim Kit Siang, kata beberapa pihak dalam parti.

Beliau masih menjadi pilihan walaupun pengarah strategi dan bekas timbalan menteri pertahanan itu diserang dalam beberapa bulan ini, kata mereka.

Terdapat 38 calon bertanding untuk 15 kerusi dalam pemilihan negeri. Di bawah sistem pemilihan dua peringkat DAP, 15 pemenang akan memilih untuk memegang jawatan antara mereka.

Terdapat empat ahli Parlimen, 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan seorang senator, yang dipilih untuk bertanding dalam pemilihan parti ini.

Sumber dalaman parti berkata, lebih separuh merupakan calon pro-Liew dengan selebihnya kumpulan campuran yang tidak keberatan dengan Liew tetapi mahukan DAP Johor dipimpin orang tempatan, atau penentang Liew.

Mereka yang menyokong Liew menyifatkan beliau sebagai “pegawai tentera” sangat diperlukan yang telah banyak menyumbang kepada DAP Johor.

Tetapi ada yang mengadu Liew meluangkan sedikit masa dalam menguruskan negeri dan sibuk menumpukan perhatian kepada isu negara.

Liew membalasnya dakwaan itu dengan menunjukkan rekodnya menangani banyak isu akar umbi dan menghabiskan hampir tiga hari seminggu di pelbagai kawasan di Johor sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum lalu sejak 2017.

Selepas berkuasa pada 2018, Liew berkata walaupun tugasnya sebagai timbalan menteri pertahanan memerlukan beliau meluangkan lebih banyak masa, beliau akan pastikan berada di Johor sekurang-kurangnya dua hari seminggu sehinggalah berkuatkuasanya perintah kawalan pergerakan.

Mereka yang menyokong Liew umumnya berpuas hati dengan penampilannya dan berkata perlu diberi lagi sepenggal, tidak kisah akan kekurangannya, sama ada imaginasi atau kenyataan.

Mereka berkata Liew adalah calon terbaik untuk memimpin Johor ketika ketidaktentuan politik semasa ini dan terutama kerana Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mungkin diadakan pada bila-bila masa.

Seorang pemimpin yang arif dengan keadaan di Johor memberitahu The Malaysian Insight Liew ada kelebihan.

“Selain mendapat restu kepemimpinan pusat, kemnya termasuklah Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi serta ahli Parlimen lain,” kata pemimpin itu.

Beliau menekankan veteran dan Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang, supremo DAP, juga tidak sabar untuk melihat Liew, yang pasti akan mengundang banyak tekanan kepada para perwakilan.

Lim, yang berada dalam kuarantin Covid-19 dan tidak dapat mengambil bahagian dalam konvensyen negeri di Batu Pahat, mengingatkan perwakilan dalam satu kenyataan bagaimana Liew telah merekayasa kebangkitan parti itu sebagai kekuatan dalam politik Johor untuk dua pilihan raya.

Beliau menekankan tentang perubahan DAP di Johor disebabkan visi dan keberanian Liew yang bekerja keras sejak 2012 untuk mengubah Johor dari cengkaman kuat Barisan Nasional.

Lim menyatakan sebelum pilihan raya umum ke-13, apa yang DAP mampu menang hanya satu kerusi Parlimen - Kluang pada pilihan raya 1978 (Lee Kaw) dan Bakri pada pilihan raya 2008 (Er Teck Hwa).

“Pada PRU13, DAP memenangi empat kerusi parlimen - Bakri (Er Teck Hwa), Kluang (Liew Chin Tong), Kulai (Teo Nie Ching) dan Gelang Patah (Lim Kit Siang).

“Pada PRU14, kita menang lima kerusi Parlimen - Bakri (Yeo Bee Yin), Kluang (Wong Shu Qi), Labis (Pang Hok Liong), Kulai (Teo Nie Ching) dan Iskandar Puteri (Lim Kit Siang),” katanya.

Lim berkata perubahan ini dapat dilihat dari keputusan tiga pilihan raya umum terakhir DUN Johor.

“Sebelum 2013, jumlah kerusi DUN yang paling banyak dimenangi oleh DAP adalah empat - Bentayan (Quee Tong Hiang), Mengkibol (Ng Lam Hua), Skudai (Boo Cheng Hau) dan Senai (Ong Kow Meng,” katanya.

Pada PRU13, DAP memenangi 13 kerusi DUN yang meningkat menjadi 14 kerusi pada PRU14.

Seorang lagi pengerusi daerah memberitahu The Malaysian Insight, antara 38 calon DAP untuk pilihan raya negeri Johor, 23 adalah calon pro-Liew.

Tuduhan terhadap Liew dikepalai Dr Boo Cheng Hau, bekas pengerusi parti negeri dan bekas anak didiknya, wakil Skudai Tan Hong Pin dan wakil Pekan Nenas, Yeo Tung Siong.

Boo dan Tan bersekutu namun berpecah dan menafikan mereka bergabung menjatuhkan Liew.

Tan Hong Pin memberitahu The Malaysian Insight, “Satu-satunya tujuan saya adalah untuk mendapat tempat dalam jawatankuasa seterusnya.”

Tan menjelaskan dalam hantaran Facebook pada 7 April, beliau bukan pencabar. Katanya beliau telah berkhidmat sebagai jawatankuasa negeri parti selama lebih 12 tahun dan dengan kedudukannya sekarang sebagai setiausaha negeri, beliau perlu dianggap sebagai penyandang jawatan. – 1 Mei, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen